4th April featuring Maulud Candid.
    Selamat bertemu kembali setelah seminggu tanpa berita baru.. hehe. Satu lagi post dalam bahasa Melayu.. Saya harap post kali kedua ini akan lebih baik daripada post bahasa Melayu yang pertama. Baiklah, mari kita becerita.

    Berita Tergempar. Awal pagi pada Hari Sambutan Maulidur Rasul, saya menerima SMS dari Ngian Mahdi. Salah seorang daripada budak pengakap saya pada dulunya, digegaskan ke Hospital Ripas. Dia adalah salah seorang daripada 139 orang rekruit RBAF yang dilanda pancaran kilat semasa menjalankan aktiviti terakhir Jungle tracking. So Arief, get enough rest yo. Takziah kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa kemalangan yang telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah.

    Hari Jadi. Selamat menyambut hari jadi ke ehem ehem kepada sepupu saya, Dk Mai.. May God bless you. Enjoy your day..

    DPMMfc. Saya bersetuju dengan pendapat rakan saya, Rano. Perlawanan diantara Brunei DPMMfc dengan Perak yang baru lalu, amat menyeronokkan dan pada yang sama amat mengecewakan.. Para penonton yang duduk di kawasan gate 8-7.. tentu kurang puas hati apabila dua dari pemain Perak memaparkan (errmm whats middle finger in malay?). Nvm. paham-pahamlah.

    Perkembangan terkini DPMMfc. Lupakan post yang lalu dimana saya ada memaparkan tentang besar kemungkinan pemain import Tiago dos Santosakan kembali ke squad DPMMfc. Sekarang ini saya ingin berkongsi beberapa khabar angin terkini. Ada yang mengatakan DPMMfc akan menonjolkan pemain dari Korea, Jeon Kyeong Joon. Ada juga yang mengatakan pada masa ini, pihak pengurusan sedang membuat percubaan bagi 3 pemain dari Brazil. Kita tunggu dan lihat apa perkembangannya nanti..

    Jangan lupa! Perlawanan seterusnya ialah pada malam ini, dimana DPMMfc akan bertemu dengan Selangor, juga bukan dari calang-calang pasukan. Terdapat banyak sejarah mengenai Selangor dalam Liga M. Jadinya, selamat maju jaya kepada pasuka DPMMfc. Datanglah beramai-ramai menyokong DPMMfc. datanglah dengan baju merah! MERAH! hehe

    Charity Match. Perlawanan Charity Match akan berlangsung pada hari Sabtu ini dimana Pasukan U-19 AM Gunners akan bertemu dengan Pasukan PIP, Projek Ikan Pusu. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah Berakas bermula pada jam 8.30pm. Setiap gate akan disediakan tabung bagi mereka yang sudi menderma.. Hasil kutipan akan diserahkan ke Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah bagi anak-anak Yatim dan urang kurang upaya Pusat Ehsan Al-Ameerah AlHajjah Maryam. Para penderma dan juga penonton yang membeli chenderamata AM Gunners, akan layak bagi cabutan bertuah dimana mereka akan berpeluang memenangi bermacam-macam hadiah.


    guess who? hehe Uncle Samad in action.

    Sayang Brunei!. Saya terserampak dengan website ini beberapa hari yang lalu. Cool!!! Menyeronokan. Sukar bagi saya (err describe?). Sila kunjungi website Brunei Sayang. [Click sini].


    Blogging Nation. Saya pasti rakan-rakan blogger sudah mendengar tentang blogging nation. Lebih dikenali dengan "Brunei blogger directory". Cabutan bertuah telah berlangsung pagi tadi secara siaran langsung melalui KristalFM bersama Jenny, Marul and Azmi. Tiga pemenang pada musim pertama ini ialah SirT, Gossip-babes dan Zenith-empire.

     
    posted by Local Tourist | Permalink


    7 Comments:


    At 4/4/07, Anonymous Anonymous

    aii cool jua scooter atu ahh.... and SirT manang wahh!! siuk eeehh! hehehehehe aku mauuu juaa a shuffle!!

     

    At 4/4/07, Anonymous Anonymous

    You look short in the pic, Khy. Or you're never tall actually? Haha.

     

    At 5/4/07, Anonymous Anonymous

    your darling, siapa lagi ni.. haha. jalan tutup.. kreta inda buleh masuk.. tapi scooter buleh.. haha. Yes SirT manang.. tapi bukan manang Shuffle. He won a Simpur Egg Radio, Simpur Towel and $10 Simpur Prepaid Card. Yang manang Shuffle yang blognya Gossip babes.

     

    At 5/4/07, Anonymous Anonymous

    your beloved sweetheart, lagi sorang.. hahaha si rosie kali ni. :p mana gambarku ani?? i dont see any picture of me in this post.. :p

     

    At 6/4/07, Anonymous Anonymous

    Hahaha. Anie bukan si Rosie, sayang eh. Hahah. Alaaa. You can't lie to me lah, Khy. As if I don't know how you look like. Haha.

     

    At 13/4/07, Anonymous Anonymous

    boh!!!! sooooo thats youuu in the pictureee KHY!!!!! jeng jeng jeng..

     

    At 25/4/07, Anonymous Anonymous

    SAYA MEMBER BARU DARI SEMENANJUNG MALAYSIA, NAK JOIN BOLEH..?
    http://bestari-my.blogspot.com

     
    BULOH.COM