Diantara fadhilat dan kelebihan berpuasa dibulan Ramadhan ialah:
- Pintu langit dibuka
- Pintu-pintu Syurga dibuka
- Ummat Islam yang berpuasa dengan sempurna akan mendapat balasan Syurga
- Ummat Islam yang berpuasa dengan sempurna akan dijanjikan mahligai yang indah di Syurga
- Ummat Islam yang berpuasa akan dimakbulkan Doa nya
- Terdapat dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Semasa berbuka dan semasa bertemu dengan Allah SWT di Akhirat kelak.
- Ummat yang berpuasa akan mendapat peliharaan Allah SWT.
- Setiap kali orang yang berpuasa sujud, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di Syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Peringatan bersama: Banyakkan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat seperti Sembahyang sunat Terawih dan Witir. Bantu-membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya. Memberikan hidangan berbuka puasa. Banyakkan membaca tahlil, beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab api neraka. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Tinggalkan kesibukkan Dunia dan banyakkan bekalan Akhirat. Jangan sibuk dengan preparation of Raya. (cana ckp in Malaykan tu? hehe)
Marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya kerana Allah. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau slim down lah.. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna didunia dan diakhirat. Amin. Here, I would like to take the opportunity untuk mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan kepada kesemua ummat Islam."





